Kawan-kawan

Cerita Kelakar

Tingkap Pecah

Ada seorang budak yang sedang bermain bola bersendirian. Ia menendang bolanya terlalu kencang dan memecahkan kaca tingkap rumah seorang wanita. Budak itu pun terus berlari ketika wanita itu keluar dan menjerit. Budak itu pun berfikir untuk datang mengambil bolanya semula. Ia lalu berfikir cara apa yang dapat dilakukannya.Beberapa minit kemudian, budak itu pun mengetuk rumah wanita tadi dan berkata pada wanita tersebut, “Ayahku akan datang dan membetulkan tingkap tersebut.”Dan memang datanglah seorang lelaki dengan kotak perkakas dan berkata pada wanita tersebut, “Maaf. Saya mau membetulkan tingkap anda…”Wanita itu pun mempersilahkan lelaki tersebut masuk untuk membetulkan tingkapnya. Sedang lelaki tersebut membetulkan tingkap, budak tadi meminta bolanya kembali. Wanita itu pun memberikannya sambil berpesan agar lain kali hati-hati. Budak itu pun pulang.Setelah selesai membetulkan tingkap, lelaki tadi terus meminta wang upah dari wanita tersebut. Wanita itupun terkejut dan berkata, “Bukankah anda ayahnya?”Lelaki itu pun berkata, “Apa, bukankah anda ibunya?”



Cucu & Atok

“Mengapa tak seperti kawan sebaya kau?” Seorang atuk tegur cucu dia yang tak cemerlang dalam peperiksaan.
Atuk: “Tengok kawan-kawan sebaya cu, semua lulus tinggi-tinggi. Cu ini asyik internet, tv atau main bola. Bila nak belajar??? Besar nak jadi apa???” (Atok marah tahap tertinggi)
Cucu: “Atok asyik bandingkan dengan kengkawan yang lain. Cu tak pernah pun marah bila atok tak sama seperti kawan-kawan sebaya atok yang lain.”
Atuk: “Tak sama apanyerr???”
Cucu: “Kawan-kawan sebaya atok semua dah jadi arwah kan?”
Atuk: “?…?…?…?…?…?”



Calon Angkasawan Malaysia

MOSTI sedang mencari angkasawan utk dihantar ke marikh. Walaubagaimanapun, mereka hanya boleh pergi sahaja, dan tidak akan pulang ke bumi.
Calon pertama, seorg engineer di tanya berapa banyak wang yg dia mahu.”Sejuta” jawapnye “Saya nak sumbangkan utk anak-anak yatim.”
Calon seterusnya adalah seorg doktor. Dia juga di tanya soalan yg serupa. Dia menjawap, dua juta ringgit. “Sejuta saya nak bagi kat family saya. Yg sejuta lagi saya nak derma utk buat research dan experiment.”
Calon terakhir adalah seorg peguam. Bile ditanya berapa banyak yg dia mahukan, dia berbisik ke telinga panel temuduga, “3 juta ringgit.”
“Kenapa lagi banyak dari yg lagi dua calon?” penemuduga bertanya.
Peguam itu menjawap, “Kamu bagi saya 3 juta. Saya bagi kamu sejuta, Sejuta saya amik. Kemudian yg sejuta lagi tu, kita guna utk hantar engineer tu ke marikh”



Hadiah Cincin Berlian

Seorang isteri merajuk kepada suaminya kerana tidak membelikan kereta sebagai hadiah harijadinya. Tetapi suaminya membelikan cincin berlian yang luar biasa indahnya. Kawan-kawan suaminya merasa hairan dengan pilihan tersebut.
Salah seorang rakan lelaki tersebut bertanya, “Mengapa kamu membelikan isteri mu cincin berlian, bukannya kereta?”
Lelaki tersebut tersenyum dan berkata, “Susah mencari kereta palsu.”

zzzzzzz

zzzzzzz
tak perlu dipersoal, memnag pelik muke aku, saje je amik gmbar mcm ni, tgah bosan buat keje kusus dgn member aku tangkap la gambr suke2 jek

muzik hidupku